Wednesday, 18 March 2015

Atan jadi wakil ke meeting kenaikan gas

Semua orang kampong sudah tahu Ayah berniaga gas mengguna teknik menipu anak arwah Hj-Sahlan. 5 tong gas yang dibeli zaman Mamat Tuah (bukan nama sebenar) kini dipindahkan atas tanahnya sendiri. Kemudian dengan alasan pembelian dan tempahan luar jangka pengurus Perniagaan Haji Sahlan yang baru pun ‘top up’ modal,  beli 18 tong gas menjadikan jumlahnya 23 tong.



Selain mengambil gas percuma secara tipu daya Ayah juga ambil barang-barang binaan
dari kedai kayu arwah Haji Sahlan buat kandang kambing, kandang lembu (sebelum mencetuskan permusuhan dan menjauhkan diri untuk mengelak diri dari membayar hutang) dan setor simpan gas. Setelah bangunan siap Ayah melancarkan serangan membenci anak arwah Haji Sahlan dan semua ahli keluarganya. Dengan teknik tersebut maka secara ‘automatik’ semua tong gas yang dimodalkan oleh keluarga arwah menjadi hak milik kekal Ayah tanpa perlu membayar balik segala modal yang telah dikeluarkan oleh keluarga Arwah Haji Sahlan.



Tinjauan ke kampong Ayah baru-baru ini mendapati Ayah bercerita dengan beberapa penduduk bahawa dia menjadi wakil penjual gas memasak daerah Batu Pahat kemesyuarat kenaikan harga gas 1 April / GST  resolution meeting. Dalam mesyuarat tersebut Ayah bersetuju dengan kenaikan harga bagi memberi lebih keuntungan @ komisyen pada pengedar-pengedar gas di negeri Johor. Sebagai anak saya faham bahawa tujuan Ayah bercerita adalah semata-mata untuk memperlihatkan kehebatannya pada orang kampong. Ayah mahu semua orang tahu bahawa dia berkeliber dan berketerampilan.


Tetapi sayang  seribu kali sayang, bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan nyiru. Tidak ada orang kampong mempercayai kata-katanya. Orang kampong semua sudah tahu teknik temberang Ayah bila membekal tong gas memasak dalam majlis besar. Ayah akan menyatakan jumlah lebih besar dari jumlah yang dihantar. Dalam situasi sibuk tuan rumah tidak akan perasan jumlah bekalan gas yang dihantar. Contohnya hantar gas 6 tong mengaku 8 tong. Bila hendak pungut balik tong sibuklah kata tong gas hilang dan tuan rumah akan kena bayar gantirugi balik. Ini bukan cerita rekaan. Jika ada yang kurang yakin dengan cerita ini sila tanya pada Wak Anuar Nawawi, Cikgu Yati bte Wak Kosril  dan Mohaji RELA  (kadar  menyebut 3 nama orang tertipu)). Tiga orang ini sudah kena. kalau tidak berhati-hati mari kita lihat siapa lagi nanti kena....  


Sebab itu bila Ayah mengaku jadi wakil Daerah untuk memperjuangkan kenaikan harga gas era GST, semua pelanggan kedai kopi dan orang kampong diam dihadapannya tetapi mentertawakannya di belakang….
“Atan jadi wakil peniaga gas Batu Pahat?! Atan tu siapa? SPM pun tak lulus, jadi polis pun kena buang jadi wakil peniaga gas daerah Batu Pahat pulak….”. Kata seorang di kedai minum Jainuri. Disambut ramai-ramai pelanggan lain “Ha Ha Ha gelak, gelak, gelak, ketawa, ketawa,ketawa…
“Atan  jadi wakil peniaga gas meeting di Batu Pahat ? Patutlah harga gas naik….” Kata orang di kedai goreng pisang Odah. Disambut ramai-ramai pelanggan lain “Ha Ha Ha gelak, gelak, gelak, ketawa, ketawa,ketawa…
“Macamana pulak Atan yang terpilih jadi wakil mesyuarat. Betul ke cerita kenaikkan gas tu? Atan mana ada lesen meniaga gas? Surat akuan keselamatan bomba pun dia tak ada….” Seorang pelanggan di kedai Jaim  mencelah.   Disambut ramai-ramai pelanggan lain “Ha Ha Ha gelak, gelak, gelak, ketawa, ketawa,ketawa…”



Kesian Ayah aku, kalau sudah tidak mendapat kepercayaan orang kampong dan jadi bahan lawak sensasi nampaknya dia kena ubah nama jadi Mr Bean… Mr Bean Pengurus Besar Peniaga Gas Putar  Alam  merangkap Timbalan Ketua  UMNO cawangan Kacicirat!

No comments:

Post a Comment